PERANG DUNIA II
Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu
konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan
mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami
jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran
hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang
paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia
moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran
di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50
juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu
(perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat,
Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi
(perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di
Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah,
dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila
kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi
pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran
terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki.
Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat
keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula
Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat
dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara
langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, yang
ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu
besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Untuk
rencana lanjutan, lihat Perkara
sebelum Perang Dunia Kedua Medan Eropah.
Cara layanan pihak
yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan
besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman.
Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa
darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia
I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia
menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa
persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia
menyerap sebahagian dari Czechoslovakia.
Pada tahun 1922 Benito
Mussolini dan parti Fascist bangkit
memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian
matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini
tidak begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang
dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.
Perang Dunia Kedua
lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya
dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara
besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan
sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu
Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat
terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan
beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.
Keseluruhannya,
Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk
dunia).
Untuk
rencana lanjutan, lihat korban Perang
Dunia Kedua menurut negara
Medan Eropah
Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Eropah dan Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah
Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau
pencerobohan Jepun ke Manchuria pada
tahun 1931.
Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada
wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian
Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop
Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan
sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan
Mac 1939. Pihak Wehrmacht
Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September
Polish' pada 1
September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan
kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa
minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut
Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan
British.
Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939,
sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan
Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman
dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke
Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim
Sejuk menjadi tumpuan
dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke
barat, dan sementara itu Operasi Weserübung menjajah Denmark dan Norway. Perancis
menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh
dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang
besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang
menyeberangi Rhine, tiada
pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.
Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low
Countries) (Belanda, Belgium dan Luxembourg).
Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan
pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.
Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera
Perancis dan British di Perancis. Pasukan
Ekspedisi British
(BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat
mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai
kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy)
pula berkuasa di selatan.
Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal
mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk
menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen
pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan
mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh
menghadapi kedua-duanya.
Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet,
walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact),
dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan Soviet
sebagai Peperangan
Patriotik Agung (Great
Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Rusia dikejutkan
dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu
tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan
kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina
semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang
pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu
tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk
peperangan musim sejuk. Lima hari selepas Soviet
melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman
mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana
lanjutan, lihat Perang Dunia
Kedua Medan Asia
Ketua Perikatan "Besar Tiga"
Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan Joseph Stalin
Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut
terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara
serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak
Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942
tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan
mengepong Tentera ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943
saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris
hadapan dan melakukan serangan balas dalam Pertempuran
Kedua Kharkov (Second
Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan
pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya
menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet
mempunyai kelebihan di Timur Eropah.
Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan
kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan
Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak
terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei 1943.
Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk
pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah
besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut
Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan
senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak
Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk
pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.
Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord
pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low
Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah
menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat
dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika
ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German
Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri
ketika pihak Rusia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat
pada 7 Mei 1945.
Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh
Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik
sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.
Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum
Perang Dunia Kedua bermula di Eropah. Ketika Amerika Syarikat
dan negara-negara lain menghentikan eksport ke
Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7
Disember 1941 serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat.
Disebabkan masalah teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan.
Angkatan Pasifik Amerika mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal
induknya terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera
Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina yang
berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk
menguasai telaga minyak Belanda Hindia
Timur. Pulau kota
Singapura
kepunyaan British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai
kekalahan British yang paling memalukan sepanjang zaman.
Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea.
Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk
menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera
Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya
operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera
laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS
sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal
induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri
persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi
bertahan.
Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah
melakukan serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan
Australia,
ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang,
sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada
pertempuran di Timur Tengah.
Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum
kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk
mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah
pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan,
bermula dengan Pulau
Guadalcanal melawan
tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos
1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC).
Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di
Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan
amphibious Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera
darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada
Februari 1943.
Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya
berusaha untuk menawan kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah
bahagian di New Guinea dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas
kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944.
Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran
Teluk Leyte.
Kapal selam AS
dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun, dengan itu
menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang merupakan
sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan cerutan ini
meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah
besar Jepun.
Tentera
Kebangsaan Kuomintang
(Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang Kai-shek
dan Tentera Komunis
China (Communist
Chinese Army) di bawah Mao Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di
China, tetapi tidak pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan
Kebangsaan Nationalist berterusan walaupun perang sudah tamat.
Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti
Iwo Jima dan Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan
udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom api dan kemudiannya bom nuklear menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos
1945, Kesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam
atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke
atas Jepun, menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom
dengan bom atom. Pihak
Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen menyerah
kalah pada 2 September 1945.
Medan Afrika dan Timur Tengah
Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila
sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali
daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel
mendarat di Libya. Tambahan
lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan
pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun.
Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan
terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British
menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat
yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth
Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.
Pertempuran El
Alamein Pertama
berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak Jerman telah mara ketitik
pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan Suez.
Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan
Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El
Alamein Kedua berlaku
antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard Montgomery menggantikan Claude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth
Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth forces mula menyerang dan
memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti
berundur sehingga sampai ke Tunisia.
Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera
Amerika dan British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan
tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak
Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar
dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan
Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943,
baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama
ramai seperti di Stalingrad.
Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk
melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.
Kepentingan Sejarah
Berbeza dengan Perang Dunia I,
pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia Kedua tidak meminta bayaran
gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang
dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall,
"Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ),
lebih terkenal dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar
untuk pembinaan semula Eropah.
Oleh kerana League of Nations jelas gagal
menghalang peperangan, badan dunia baru dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu ditubuhkan.
Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union
tidak mendapat untung dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris
Peace Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti
Hungary, Finland and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak
$300,000,000 setiap satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara
satelitnya. Itali dikehendaki membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya
antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union.
Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada
penghujung perang, regim boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan
dan pihak Berikat yang lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan,
dengan zon Amerika, British, dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat
dan zon Rusia sebagai negara satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur.
Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman dan ia juga dipecahkan kepada
empat zon jajahan, tetapi zon Rusia akhirnya disatukan menjadi negara Austria.
Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah".
Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu
melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO dan Perang Dingin.
Dalam ganti rugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar Rusia
yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan kematian
sebahagian besar daripada mereka.
Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan
bertujuan agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan
cepat memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk
jaringan makmal kebangsaan di Amerika Syarikat.
Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa udara,
kebanyakannya menggantikan kapal perang.
Ketika bandul terus berhayun dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara
menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang tindakan ketenteraan.
Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah
tentera yang ramai. Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul
semula (ketika Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas
kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih
dan bersenjata lengkap.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi
dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus
dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General
Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan
dalam Perbicaraan
Jenayah Perang Tokyo
( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak
Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk
dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility
trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika (
American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih
menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih
dekat demokrasi cara
Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat,
berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini
menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa
ekonomi kedua terbesar di dunia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar